Kamis, 13 November 2014

GULF STREAM

Dampak Gulf Stream Pada Perubahan Iklim
Kajian terkini menunjukkan semenjak 1950an, terdapat penurunan sebanyak 20% pada aliran air sejuk di Faeroe Bank, di antara Greenland dan Scotland. Ini adalah salah satu sumber air sejuk dasar laut yang memangkin kepada dasar ketumpatan komponen Gulf Streams. Berkemungkinan terdapat pertambahan aliran air sejuk dari sumber lain, tetapi jika tiada, ini boleh mengakibatkan pengurangan halaju Gulf Streams.
IPCC yakin bahawa Gulf Streams akan berkurang halaju pada kurun ke-21 tetapi ia akan mengalami juga ‘peralihan arus besar’. Purata pengurangan halaju yang dijangka adalah 25%. Pengurangan halaju ini akan mengakibatkan kesan penyejukan tetapi suhu masih lagi meningkat di kebanyakan kawasan. Kenyataan menjelaskan kepulauan British terutamanya kawasan barat akan mengalami sedikit kenaikan suhu berbanding kawasan lain di kepulauan.

Sifat-sifat fizikal Gulf Streams
Gulf Streams adalah arus garisan sempadan barat yang terbesar. Kajian telah menunjukkan Gulf Streams bergerak pada kelajuan 2 meter/saat (5 batu/jam)  pada kedalaman melebihi  450 meter. Air di gulf Streams boleh bergerak pada jarak 160 kilometer (100 batu) sehari, dengan purata kelebaran 70 kilometer (43 batu). Arus Gulf Streams bergerak paling kurang pada 55 Sverdrup (sv) (55 juta meter/ saat), 300 kali ganda lebih laju daripada kadar aliran arus di sungai Amazon, sungai terbesar di dunia. Gulf Streams adalah kombinasi dari Arus Florida, aliran Gulf Streams itu sendiri dan arus hanyutan Utara Atlantik.

Apakah yang akan terjadi apabila Gulf Streams berhenti atau mengalir perlahan?
Semenjak 10 tahun, pemanasan global telah merubah kemasinan air laut, di mana ia mengganggu kitaran arus lautan (thermohaline circulation). Fenomena cuaca pelik juga berlaku sejak 10 tahun kebelakangan ini semenjak Gulf Streams dilaporkan berkurang halaju alirannya. Ini boleh dikatakan kebetulan, tetapi hakikatnya, kebetulan ini adalah kerana Gulf Streams telah berkurang halajunya. Kontroversi antara saintis berlaku mengenai isu ini. Terdapat banyak spekulasi mengenai isu tersebut. Kebanyakannya mengatakan Gulf Streams adalah sekadar fiksi semata-mata.
Hakikatnya adalah, arus adalah komponen penting iklim di barat Eropa, yang membawa arus panas ke utara dari khatulistiwa dan menjadikan negara seperti United Kingdom sentiasa panas. Ia membentuk sebahagian besar pergerakan air, Atlantic Meridional Overtuning Circulation, di mana ia adalah salah satu komponen sistem arus dunia.
Kenyataan atau fiksyen? Guardian, khamis 1 Disember 2005 dari artikel sejarah- arus laut kuat yang merentasi Britain dan utara Eropah dengan air panas dari khatulistiwa  telah berkurang secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini, kesan dari pemanasan global yang boleh mengakibatkan musim sejuk dan panas lebih panjang di sepanjang kawasan tersebut.


Itulah paparan mengenai Gulf Stream , dari mulai pengertian, sejarah, pergerakan arus, sifat-dampaknya terhadap iklim global .. Terimakasih :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar